Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Sekapur Sirih,
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri terus meningkatkan usaha sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi menguruskan aduan dengan lebih cekap dan berkesan melalui inisiatif mengguna pakai Sistem Pengurusan Aduan Awam Besepadu (SiSPAA). Sistem ini diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan aduan di Kementerian ini selaras dengan perkembangan dunia ICT pada masa kini yang semakin meluas dan keterbukaan pada saluran komunikasi yang lebih mudah dan pantas. Pihak Kementerian berharap agar orang awam akan menggunakan ruang ini sebagai salah satu platform yang dapat mendekatkan rakyat dan Kerajaan selaras dengan memenuhi matlamat negara.